hey bud

Friday, October 15, 2010

Masih di situ


sempurna atau tidak kosong atau penuh.Aku-kah kategori manusia yang tk pernah bersyukur?

kalau memang itu aku kenapa banyak yang cuma aku dpt bayangkan
tapi bukan dlm genggaman?
kalau memang aku la manusia itu kenapa aku selalu berharap
akulah yang dapat memberi segalanya bukan yang merasa nikmat senikmat stimulan?

tk pernah lari takkan pernah selesai aku beri mereka permata aku harap mereka gembira walaupun akhirnya aku yang kosong lalu aku mengemis kembali permata aku kumpul setinggi awan,aku tw aku tw suatu saat aku akan mati kerana permata .Apa boleh buat aku lah watak pemikul segala beban di sini.

Kata mereka untuk aku:

"Kau harus mengerti tiada istilah kasihan untuk gadis degil yang tk habis habis memegang buku impian bodoh yang bangsat itu.Sudah-sudahla buang buku itu.Kau bekerja bermatian hari-hari di sini permata itu untuk kami.Dengar buang segala angan-angan kau bakar buku itu bakar impian kau koyak hati kau jadi hamba untuk kami.Itu tanggungjawab kamu.Jgn ingkar atau kau ke neraka Jahanam" Ya.Ja-Ha-Nam

Takkan pernah berakhir.Sejauh mana kaki aku melangkah dimensinya masih juga disitu.Disitu tk pernah berubah Di paksi yang sama.
Di paksi yang hari-hari bertemankan Morfin & Ketamin yang buat aku tidur dan bangun pd esok harinya seperti tiada apa-apa

Lihat. Aku tetap seorang gadis yang menyusun tangga untuk bertemu awan dan cuba berlari dari ja-ha-nam

Tuesday, October 12, 2010

Bye dreamboy


Ok sampai saat untuk aku ucap selamat tinggal pada dreamboy.Tinggi tak tinggi sangat putih tak putih sangat cute tk cute sgt.Pucuk pangkalnya aku mmg tk kan tertarik dengan lelaki yg lebih dari aku atau terlampau kurang dari aku.Terlebih handsome oh maaf terlebih huduh pn maaf.Aku nk yang sederhana sbb life aku sederhana letaknya aku pun pada pangkat sederhana.Aku bkn the most hottest girl next door.Not me.

Apa yang buat aku tertarik dengan Mr.dreamboy aku ni is about pengorbanan dia menjaga family dia.He's a good son..and of course boleh menjadi suami yang baik.Kedua Dia ada kisah sedih yang buat dia trauma dengan opposite gender mcm aku jugak tp mungkin kisah dia lebih tragis.Ketiga dia share minat yang sama dengan aku tht is music and art.Ketiga dia cute..he is.Dia comel dr pandangan mata aku.Muka tkdala nk macam artis korea ke apa tp dia cukup comel dgn diri dia.Tk gelojoh and gelabah mcm lelaki lain yang pernah aku jumpa before ni.He's the cool and the shy one.Extra bonus thing is dia main skate.Tht is..aku tk pernah wish untuk dapat bf main skate or wht.Itu tk penting.Aku minat skate because the game not the person who hold the skateboard anywhere.Tp dh kebetulan dia ada extra bonus tu so aku kira itu as rezeki.

Ok itu la dia lelaki yg berjaya buat aku angau sekejap.Lelaki yang berjaya curi pandangan mata aku just dalam sekali jumpa.Amazing gila kn?Padahal keliling aku kalau dikira ada much way better thn him.Tp nth knp mata aku tetap dia.Mata dan hati.yup.Tp itu cerita minggu minggu yang lepas.Minggu minggu bodoh mcm budak baru belajar bercinta minggu aku tk senang duduk minggu yang terasa nk bercakap tp tktau nk ckp apa.Jd minggu ni aku tutup buku.Tutup hati.Kisah dreamboy dh tamat.Biarlah dia pergi.Aku tau ramai kawan-kawan yang kalau boleh snggp jd volunter nk tgk kitorang in relationship.Tp tk perlula.Sbb utk gadis mcm aku untuk aku kedepan dan luah segalanya mmg bukan aku.Sbb aku jenis gadis yang berangan prince charming gagah berani datang pd aku.yah dan itu kurangnya dia.Keberanian.Thts is.Aku tk boleh paksa dia ubah diri dia.Thts him.So disebabkan itu aku terpaksa tamatkn kisah dreamboy ni dan teruskan hidup untuk menjadi dreamgirl pada org lain pula =)


Saturday, October 9, 2010

Patung



Tk perlu datang dalam hidup aku
kalau datang cuma untuk hadiahkan bunga yang bersisakan air mata
Pergi
Pergi..biar aku sendiri sampai bila-bila
Ketawakan aku sendiri
Salahkan aku sbb tk mampu menjadi milik kau
Pergi.Jangan datang...
Aku tk perlu apa-apa yang namanya istimewa dalam hati ni lagi

Mungkin mulai harini aku patut buang sesuatu
Buang perasaan sayang
Sayang buat hati aku jd mcm kertas
Terlampau senang dikoyak-koyakkan
Terlampau senang untuk dibakar
Terlampau ringan untuk kau layangkan

Hati tolong menjadi besi
Mata tolong menjadi kemarau
Jasad tolong menjadi patung
Biarkan mereka sukakan kau
Biarkan mereka bermain dgn kau
Biarkan mereka idamkan kau
dan akhirnya tinggalkan kau

Kekal kau menjadi patung
Itu yang mereka suka
Jgn disoal tentang hati
Kerana kau patung
Cuma patung


*Don't promise me something tht you wont keep.Don't say you're gonna do something tht you're not gonna do.Seriously, no need to be bringing my hopes up and trying so hard to make me happy bacause at the end you're the one who gonna bring me down to hell.You're the one who gonna make me cry..

Thursday, October 7, 2010

Him?


(click for bigger image)

LOL

keep guessing around ppl =)