sempurna atau tidak kosong atau penuh.Aku-kah kategori manusia yang tk pernah bersyukur?
kalau memang itu aku kenapa banyak yang cuma aku dpt bayangkan
tapi bukan dlm genggaman?
kalau memang aku la manusia itu kenapa aku selalu berharap
akulah yang dapat memberi segalanya bukan yang merasa nikmat senikmat stimulan?
tk pernah lari takkan pernah selesai aku beri mereka permata aku harap mereka gembira walaupun akhirnya aku yang kosong lalu aku mengemis kembali permata aku kumpul setinggi awan,aku tw aku tw suatu saat aku akan mati kerana permata .Apa boleh buat aku lah watak pemikul segala beban di sini.
Kata mereka untuk aku:
"Kau harus mengerti tiada istilah kasihan untuk gadis degil yang tk habis habis memegang buku impian bodoh yang bangsat itu.Sudah-sudahla buang buku itu.Kau bekerja bermatian hari-hari di sini permata itu untuk kami.Dengar buang segala angan-angan kau bakar buku itu bakar impian kau koyak hati kau jadi hamba untuk kami.Itu tanggungjawab kamu.Jgn ingkar atau kau ke neraka Jahanam" Ya.Ja-Ha-Nam
Takkan pernah berakhir.Sejauh mana kaki aku melangkah dimensinya masih juga disitu.Disitu tk pernah berubah Di paksi yang sama.
Di paksi yang hari-hari bertemankan Morfin & Ketamin yang buat aku tidur dan bangun pd esok harinya seperti tiada apa-apa
Lihat. Aku tetap seorang gadis yang menyusun tangga untuk bertemu awan dan cuba berlari dari ja-ha-nam

5 comments:
WOW... ayat kau mengancam!
i like :D
haha.crappy words je ta
penawar itu bisa menjadi racun mengalir dlm arteri
perlahan tanpa ada kesan..
hari--hari aku mengemis pengampunan
bertahan dengan senyuman yg kau xpernah cuba utk tahu
ayuh aku hapuskan aiir mata mu
dan sapukan pada hatiku
agar ia berendam sebak
yang nilainya sebuah pengorbanan
dan bila satu ketika nanti... mungkin kejauhan ini yg xpernah kau bayangkan
kita akan dekat
dan mati bersama
aku pun mahu lari dari dimensi yang paling ja-ha-nam dalam hidup aku ini juga. haih
paksi yg sama. dimensi 360 yg berulang2. biarkan.
Post a Comment