hey bud

Tuesday, January 25, 2011

Dunia is a better place for each other

Bila yang manisnya dulu menjadi pahit 
kau akan rasa seperti mahu mati
Bila yang paling jijik dikisahkan
kau akan rasa seperti kafir
ye kafir lakhanat, 
yang hilang rasa malunya 
hilang selimut maruahnya


Tapi hidup haruskan kau jadi yang opstimik
Kerana tak semestinya yang jijik itu yang kau suka
Kadangkala manusia membuat perkara yang bukan kerelaannya
Kadangkala manusia gila dek desakan hidupnya desakan jiwanya
Ini dunia paksaan drama mengikut rentak untuk terus hidup terus bernyawa
Untuk kekal berada di paksi dan kekal dengan bayangan yang menang
Bukan hak seorang manusia untuk rebahkan jiwa sesuatu


Tapi hidup juga perlukan kau untuk bijak berlari
Bodoh apa untuk kau injak kaki pada lubang yang pernah kau jatuh dulu
Bodoh apa untuk kau kembali pada laman gelap ciptaan si lakhanat-lakhanat itu
Kau harus kedepan biarpun jiwa kehabisan nyawa biarpun hati serupa tak ada
Kau harus sorot cebis hati yang ada dukung sedikit nyawa yang masih menyala
Jalan penuh upaya.kau mampu.


Sebab lahirnya seorang manusia bukan untuk gagal 
kau semulia ciptaan dan kau harus sedar mengapa kau diciptakan 
Kau harus belajar menelan yang pahit untuk kau rasa nikmat yang manis
Kau harus sedar mengapa setiap yang jijik itu dijadikan pengajaran dalam setiap buku


Jadi berhenti mengkeji belajar lah mencari 
Dunia bukan milik milik peribadi 
Apa lah salahnya kalaupun jijik
Kau jalan pimpin tangan kau datang untuk berkongsi
Buka mata.Make this world "a better place for each other."

1 comment:

Anonymous said...

se-tinggi salute utk kau-jem