hey bud

Thursday, July 7, 2011

Khayal

Kadang khayal itu enak juga
Macam di kepulan awan
Macam hero sang perawan 
Macam si gadis idaman
Macam si punya kuasa sakti
Yang kata jadinya jadi
Yang mahunya mahu diseru


Kadang diminta khayal kekal
Biar realiti mati dalam mimpi
Biar mimpi hidup dalam khayal
Udara sedap Cuaca baik
Tapi aku tak tidur lagi
Khayal punya cerita
Everything was too fine..




* ini jam 0400 pagi tadi.Sebenarnya aku rindu zaman hingusan aku di mana cuma makan,tidur dan main.Dewasa sgt menyakitkan.Lagi-lagi realiti yang aku dengar jam 0200 pagi tadi..Shit!

Tuesday, June 28, 2011

New deal

* (click the image to get bigger resolution)

This is a small project that i do with my friends since 1 years ago and we're getting better.Alhamdulillah.
So guys kalau berminat jangan segan silu contact kami okay :)

Tuesday, June 21, 2011

Lapar buku


Aku lapar buku.Seriyes lapar.Aku bukan stail gegirl yang lepak siang malam ngumpat pasal mamat main band hadko kapel dgn awek kelab kebudayaan or minah rempit yang akhirnya berkahwin dengan mamat drift.Oh lansung tidak.Aku jugak bukan gegirl yang siang malam text bf - 3g webcam skype fb tweet ah tah pebenda lagi dh mcm kena gam dgn bf.Geli.Sumpah kau takda life.Oh sentuh isu ni aku seriyes rasa lawak dengan awek-aweks(lingkungan semua awek tak kira anak dara atau andartu) yang cukup takut dgn bf. Tunduk patuh angguk-angguk geleng-eleng dgn bf.Aku pn pernah duduk dalam situasi tu.Apa rasa?Rasa bodoh kan?Bertempat la kalau nak dengar ckp bf pn.Dh kalau sampai diri sendiri serupa takda life kena gari?Berbaloi ke?Berbaloi?Lepastu dh putus nanti baru nk menyatakan rasa - rasa sebal dan bebal yang teramat memilukan dek kobodohan diri sendiri tu. Cakap mak bpk yang sah-sah bnyk kelebihan dia kau tknak pulak dengar. Ckp bf setakat kena deactivate facebook atau jgn pakai kasut slipar bila jalan dgn i  kalau tak kita putus sanggup pulak kau nk dengar?omg.So kesian. Ok berbalik pada isu tadi -Aku lapar buku. Bukan nak makan buku.Tapi nak hadam letak dalam otak.Tk pernah rasa diri ni pandai.hari-hari rasa cm bodoh.Sebab tu rasa lapar hari-hari.pfft.

Family aku baru pulih.Baru sembuh.Adik baru boleh pergi sekolah ibu baru boleh jaga baby balik  and jogging hari-hari kat rumah ayah pun dh semakin handsome.Alhamdulillah.So pasal kewangan mmg merudum sikit. Sampai tabung robot aku yang dulunya berat dan dompet yang selalu kembung dah kurus-kurus semuanya.Sedih. Tgk stok-stok buku baru sampai pn telan air liur jela- Rasa bodoh lg sekali. Aku tk tau kenapa.Selain gila shopping, main game, tengok wayang and buat kerja gila aku juga gila buku.Gila! Dh sebulan lebih aku duduk rumah. Anak misa-lee kata kan.(takda la duduk rumah sgt) Esok aku akan buat journey baru - Cari kerja partime.Cuti aku panjang lagi. Tkkan besarkan ponggong je kot.Tak hot la kan.Baik kerja dapat duit takda la lapar sgt. Boleh baca sampai muntah.ok nak pegi mimpi dulu. Esok nak start journey baru.hehe


Ok abaikan seni snap-shot atau pun seni mata kuyu bangun tido tu.Abaikan.Ni bukan facebook utk komen gambar.Ok Achtung.Ni buku terakhir yang sempat aku beli before tabung robot dan dompet aku kurus.Nice book to read.Ayat paling aku suka-ada banyak ayat sebenarnya tapi the most favourite one is so-called mahasiswa and Bebalisme.Panas sial.Pada semua mahasiswa mmg patut baca.Igt nak buat review tapi rasanya tk payahla kan.Nak tau pegi beli.Jgn tau facebook je!Bacala buku.


Thursday, June 9, 2011

Tolong jangan bodoh

aku nak bawak pisau
aku nak korek otak kau
aku nak toreh hati kau

BODOH.dah parah tak sedar lagi
dah diludah nak jilat lagi
dah dibuang nak dikutip lagi
dah dilobos nak hadap lagi
dah ditipu nak cinta lagi

tau apa lemahnya perempuan
maksud aku yang serupa kau
dah ditonyoh diminta lagi
dah dipijak disujud lagi

Buka mata!Lelaki belum pupus lagi
Jangan mimpi ayat ayat cinta
Konon setiap pengorbanan akhirnya bahgia
Itu drama skripnya direka plotnya pun sama!
Hati dia kau tak boleh rangka
Kau dipegang diikat badan dan nyawa
Hati nafsu tak kan selesai digoda
Makcik kantin pun nak dia raba
Perempuan plastik semua dia punya!

Kalau tuhan dah bagi hint depan mata
Bukan satu bukan dua bukan tiga tapi berjuta
Bodoh apa nak jadi hamba sukarela kuli kuli cinta
sepak sepak ludah sikit lari tinggalkan dia!